Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Portfolio CSM

Cinta Salam Malaysia lahir daripada komitmen untuk memperkasakan komuniti pelarian melalui usaha kemanusiaan yang berimpak dan lestari. Bermula sebagai misi yang tertumpu kepada krisis Syria, kini ia telah berkembang menjadi sebuah gerakan lebih luas — menyokong keluarga pelarian merentasi sempadan.

Walaupun jangkauan kami semakin meluas, fokus kami kekal jelas. Berpandukan kepada nama C.S.M. — Committed (Komited), Support (Sokongan) & Maintaining (Kelestarian) — kami menyalurkan usaha kami melalui tiga teras utama:

4 Orang Pelajar

Tamat Sekolah

3 Buah

Sekolah Ditubuhkan

720 Orang

Pelajar

52 Orang

Pengelola Sekolah

CSM komited untuk memastikan akses kepada pendidikan yang inklusif dan saksama untuk setiap anak pelarian. Fokus kami bukan sekadar meningkatkan kadar penyertaan, malah memperkukuh kemahiran literasi dan numerasi melalui program berstruktur, biasiswa, serta sistem sokongan berpusatkan kanak-kanak.

Lokasi Projek Sekolah KITA

Jumlah Dana Agihan

RM 1,829,87.00

Kempen Aktif

Projek Sekolah KITA

Qurban4Kids: Misi Senyuman Anak PBACSM

35,678

Penerima Manfaat

202

Rakan Strategik

Intervensi Kebajikan CSM merangkumi keperluan asas dan kerentanan harian komuniti pelarian. Daripada bantuan kewangan, jaminan makanan, kesedaran kesihatan hingga sokongan kesihatan mental — strategi kebajikan kami bertujuan membina kestabilan jangka panjang dan keupayaan berdikari.

Program tahunan CSM melalui intervensi Kebajikan:
– Winter Mission
– Ramadan Mission
– Qurban Mission

Lokasi Agihan Bantuan

Jumlah Dana Agihan

RM 2,829,87.00

Kempen Aktif

Qurban Mission 12.0 CSM

Pahala Berganda: Iftar Lailatul Qadar

65,678 Orang

Penerima Manfaat

14,000 Buah

Keluarga

Bantuan Kecemasan CSM berteraskan komitmen untuk bertindak balas terhadap landskap kemanusiaan yang sentiasa berubah. 

Program CSM melalui intervensi Bantuan Kecemasan:

  • Salam4Syria

Program ini memfokuskan kepada penyediaan bantuan kecemasan dan pemulihan kepada komuniti pelarian Syria serta individu rentan yang terjejas akibat konflik berpanjangan.

  • Salam4Palestine

Melalui program ini, CSM menyalurkan bantuan segera kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat krisis kemanusiaan berterusan. Bantuan termasuk keperluan asas dan sokongan psikososial kepada kanak-kanak dan keluarga.

  • CSM HOPE

CSM HOPE merangkumi bantuan kemanusiaan yang lebih meluas. Ia diwujudkan untuk keperluan asas masyarakat rentan akibat bencana alam, konflik atau krisis sosial lain – termasuk di Asia Tenggara, Timur Tengah dan wilayah lain. Intervensi bersifat fleksibel untuk membina daya tahan komuniti.

Lokasi Agihan Bantuan

Jumlah Dana Agihan

RM 6,829,87.00

Kempen Aktif

GERAKAN SUMUD NUSANTARA

🌍 Kembalikan Harapan untuk Keluarga Abu Abdullah

Aktiviti Terkini