Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Isu bermula apabila Lubnan membuat keputusan untuk menutup kilang penapis minyak selepas Perang Lubnan 2006 dan terpaksa mengimport petrol dari Arab Saudi. Hal ini menyebabkan Lubnan menggunakan lebih banyak penjana diesel kerana ia lebih murah daripada petrol tetapi pada masa yang sama, Lubnan perlu mengimport lebih banyak diesel berbanding sebelumnya. Kini, Lubnan telah membelanjakan hampir USD 2 bilion setiap tahun untuk bahan api stesen janakuasa sahaja.

 

Lubnan juga mencatatkan mempunyai kos elektrik tertinggi di dunia, menurut pengawal selia tenaga Lubnan. Kos tersebut adalah tiga kali ganda lebih mahal daripada Eropah dan lima kali ganda lebih mahal daripada beberapa negara Timur Tengah. Masalah ini bukanlah kerana isu teknikal atau isu kewangan, tetapi kerana isu rasuah, salah urus dan tadbir urus yang lemah. Lubnan menghadapi krisis tenaga kerana ia menerima 90% elektrik daripada loji janakuasa minyak dan gas yang kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak direka untuk beroperasi 24 jam sehari.

Elektrik hanya dibekalkan selama 7-12 jam sehari sahaja di sesetengah tempat. Penduduk di kem pelarian Syria pula terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik setiap hari dan kadang kala mendapat bekalan kurang daripada 6 jam sehari. Oleh itu, projek ini dijalankan bertujuan untuk memasang 150 panel solar di Kem Al Yasmine yang terletak di Beqaa, Lubnan. Dengan pemasangan solar ini, ia mampu memberi kemudahan janakuasa elektrik kepada 218 buah keluarga tanpa sebarang gangguan  elektrik. Pemasangan ini akan memudahkan kehidupan seharian kepada 1090 individu di Kem Al Yasmine dimana penggunaan elektrik seperti kipas, lampu, alat pemanas termasuk sambungan internet bagi memudahkan komunikasi bersama dunia luar.

Secara langsung, projek ini telah mendokong usaha Sustainable Development Goals (SDG):
1. SDG 1 : No poverty
2. SDG 2 : Zero hunger
3. SDG 3 : Good health and well being
4. SDG 7 : Affordable and clean energy

Sumbangan untuk projek ini masih dibuka. Layari bit.ly/solarcsm untuk menyumbang!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0