Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Pendidikan mampu mengubah masa depan anak-anak Syria ini

Pendidikan merupakan hak setiap kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pelarian, inilah satu-satunya medium untuk mereka mengubah nasib diri mereka.

Lebih 2 juta kanak-kanak Syria bergelar pelarian akibat krisis yang berpanjangan

Rata-rata daripada kanak-kanak ini menjadi pelarian di negara seperti Jordan, Turki, Lebanon, Mesir dan Iraq. Malangnya, hanya separuh daripada mereka berpeluang untuk menikmati pendidikan formal di sekolah, sedangkan pendidikan merupakan titik tolak kepada pembinaan masyarakat yang kuat. 

Tanpa pendidikan, Syria tidak akan mempunyai guru, jurutera dan doktor yang akan membina kembali negara mereka.


Kenapa Pendidikan?

Perlindungan sebenar

Tahukah anda terdapat banyak kes eksploitasi anak-anak Syria?

Ada antara mereka menjadi mangsa seksual dan buruh. Dengan pendidikan, kita dapat melindungi mereka.

Memberi masa depan

Bayangkan jika ratusan ribu kanak-kanak ini menjadi dewasa.

Tanpa pendidikan, mereka mungkin gagal membentuk keperibadian diri yang mampu mempimpin kerana kurang didedahkan dengan ilmu pengetahuan.

Menolak Ideologi palsu

Memastikan anak-anak Syria yang diberikan pendidikan yang benar-benar mampu membentuk jati diri.

Kami mahu mengelakkan kefahaman atau pemikiran ektremis yang mungkin berlaku dalam kalangan pelarian.

Kekurangan Dana

Hanya 2% daripada dana misi kemanusiaan seluruh dunia, diperuntukkan kepada pendidikan.

Jumlah ini tidak seiring dengan kos & cabaran yang perlu dihadapi oleh sukarelawan yang terlibat dalam memperkasakan pendidikan di kalangan pelarian.

Bagaimana Cinta Syria Malaysia (CSM) menangani isu ini?

Sekolah Kita atau Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia merupakan hasil usaha dan kerja keras CSM dalam membantu kanak-kanak pelarian Syria mendapatkan akses pendidikan. Sehingga kini, kami sudahpun miliki 3 buah sekolah yang terletak di Jordan, Turki dan Malaysia.

Harapan baru kepada lebih 500 orang kanak-kanak pelarian Syria di seluruh dunia

Setiap ringgit yang anda infaqkan akan membantu mereka untuk terus berada di jalan menuntut ilmu

Program Sekolah Kita ini tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan insan seperti anda yang percaya bahawa anak-anak Syria ini akan berjaya mengubah masa depan mereka melalui pendidikan yang berkualiti. Hulurkan sumbangan anda sekarang.

RM30

Tajaan satu set uniform sekolah untuk seorang kanak-kanak

RM45

Tajaan satu set buku sekolah untuk seorang kanak-kanak

RM60

Tajaan makanan selama sebulan untuk seorang kanak-kanak

RM100

Tajaan makanan & perubatan selama sebulan untuk seorang kanak-kanak

Cinta Syria Malaysia turut mengalu-alukan individu perseorangan atau syarikat yang ingin membina hubungan berterusan dengan kami melalui Sekolah Kita.