Pada awal tahun 2022, seramai 75 buah keluarga telah menempatkan diri mereka di salah sebuah sekolah di Tal Abyad untuk berlindung. Sehingga hari ini bilangan keluarga yang berlindung di sekolah adalah seramai 20 buah keluarga. 55 buah keluarga telah mendapat tempat perlindungan yang tetap daripada pihak-pihak luar (NGO).

Objektif CSM adalah untuk membaikpulih bangunan sekolah untuk dijadikan pusat pendidikan yang bertaraf tinggi bagi memberi ilmu yang bermanfaat kepada mereka di sekitar Tal Abyad. Namun begitu, usaha yang besar juga harus dilakukan bagi menempatkan semula 20 buah keluarga yang sedang berlindung di sekolah tersebut dengan menyediakan tempat perlindungan asas yang selesa atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan.

Dua buah blok apartment bakal dibina dengan jumlah sebanyak 20 unit buah rumah dengan kerjasama rakan strategik iaitu BONYAN Organization bersama badan kerajaan lokaliti bagi membangunkan dan membina projek Kampung KITA ini. Kerja-kerja pembinaan dua buah blok akan dimulakan terlebih dahulu dengan pemantauan yang teliti dan terperinci oleh badan penguasa dan jurutera berpengalaman.

Jangka masa projek ini dianggarkan mengambil masa selama 6 hingga 8 bulan. Setelah projek Kampung KITA berjaya dibina, proses pemindahan 20 buah keluarga akan dilakukan dengan segera bagi memastikan projek baikpulih sekolah seterusnya dapat dijalankan.

LAKARAN 2D RUMAH

 

LAKARAN 3D RUMAH

PROGRES PROJEK

November 2022 – Permit untuk mendapatkan bahan binaan dari Turkiye telah diluluskan. Alhamdulillah! Kontraktor telah memasang kabin bagi urusan pentadbiran di tapak projek. Bahan asas binaan, keluli besi juga telah dihantar ke tapak projek.

 

Januari 2023 – Atas faktor keselamatan dek kerana berlaku serangan di kawasan sekitar Tal Abyad, bekalan bahan binaan tidak dapat dihantar ke tapak projek. Proses pembinaan telah tergendala buat seketika. Pada bulan Mac 2023, proses binaan kembali beroperasi semula. Rumah apartment ini dah nampak strukturnya. Alhamdulillah, syukur ya Rabb!
Projek kelestarian ini dijangka siap pada bulan Mei 2023 nanti, Insya-Allah.

 

April 2023 – Ramadan Mission CSM 10.0 baru-baru ini, team CSM sempat melawat tapak projek MySyria: Kampung KITA ini. Alhamdulillah, dah 50% progress pembinaannya!
Saudara Syria kita yang tinggal di sekolah usang pasti ternantikan detik-detik yang mereka akan jejak kaki ke dalam sebuah rumah yang sebenar.

Detik di mana, mereka tidak lagi tidur di dalam bilik darjah. Saat di mana, mereka tidak lagi berkongsi ruang dengan keluarga lain. Masya-Allah, terima kasih kalian semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Sejujurnya, kami masih perlukan dana untuk projek ini.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

CSM Audit ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) Stage 2
CSM Audit ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) Stage 1
SHARING WITH SYRIA X FSSK UKM