Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

For Ummah KITA adalah projek yang dikelolai oleh Cinta Syria Malaysia melalui dana daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Objektif projek ini adalah untuk menyantuni seramai 16 warga emas di Pusat Penjagaan Nurul Jannah dan 37 anak yatim di Rumah Anak Yatim Baitun Nurrawdhah, Keramat, Kuala Lumpur. Keperluan makanan asas dan wang tunai telah diagihkan kepada penerima manfaat tersebut pada 7 Disember 2023 lalu.

Projek ini juga berkolaborasi bersama dengan Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan untuk MAIWP atas kepercayaan kepada CSM dengan menyalurkan dana dalam melaksanakan projek ini. Tidak dilupakan juga, sekalung terima kasih buat kakitangan CSM dan Jiwa Amal yang turut serta menjayakan projek Fasa 1 ini.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0