Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Kerjasama Korporat

Cinta Syria Malaysia telah bekerjasama dengan organisasi daripada pelbagai bidang dalam usaha untuk membantu mengubah nasib pelarian Syria. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah terlibat & bekerjasama dengan kami untuk meringankan beban saudara kita yang masih lagi mencari sinar dalam kehidupan mereka.

Ingin Berganding Bahu Dengan Kami?

Kami menjemput anda untuk turut serta bersama kami dalam membantu saudara pelarian Syria kita di serata dunia. Khidmat kepakaran, tenaga dan kewangan diperlukan untuk memastikan kebajikan mereka terjaga di samping menyemarakkan usaha memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Syria melalui Sekolah Kita.