Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Sponsor A Child PBACSM

Rintihan daripada ibu bapa pelajar yang datang ke bilik pengetua, meminta ihsan untuk dikurangkan yuran bulanan persekolahan merupakan isu yang cukup serius. Yuran bulanan yang dikenakan dalam lingkungan RM50 sehingga RM100 semata untuk memberi sedikit rasa tanggungjawab pendidikan dalam diri setiap ibu bapa pelajar.

Sponsor A Child ini merupakan sebuah usaha Cinta Syria Malaysia untuk menaja pelajar Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) yang kurang berkemampuan dan cemerlang untuk membantu meringankan beban keluarga mereka dan memberi mereka semangat untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa runsing dengan masalah kewangan yang dihadapi.

Tajaan Sponsor A Child

Terdapat 2 jenis tajaan yang dibuka untuk program ini :

Tajaan Penuh

  • Tajaan Pelajar Tadika
    RM185 per bulan (RM1850 per tahun)
  • Tajaan Pelajar Rendah
    RM210 per bulan (RM2100 per tahun)
  • Tajaan Pelajar Menengah
    RM235 per bulan (RM 2350 per tahun)

Tajaan Umum

  • Penyumbang bebas untuk menyumbang amaun yang dikehendaki.

*Sesi persekolahan PBACSM adalah 10 bulan per tahun.

Soalan Lazim

Ya, sumbangan melebihi RM500 layak untuk mendapatkan resit pengecualian cukai.

Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung dengan wakil HQ kami di +6011 2440 7539

  1. Yuran Bulanan
    Untuk membantu PBACSM berusaha memberi pendidikan yang berkualiti, yuran bulanan yang dikenakan adalah untuk menyuntik rasa bertanggungjawab dalam diri setiap ibubapa dan pelajar. Yuran bulanan berbeza mengikut tahap pendidikan pelajar.
  2. Yuran Komitmen
    Yuran ini dikenakan sebagai cagaran kepada pinjaman laptop dan harta benda PBACSM dan akan dikembalikan setelah tamat sesi persekolahan tahun itu.
  3. Buku Matapelajaran
    PBACSM menyediakan kemudahan buku teks dan buku latihan IGCSE untuk para pelajar. Skim pinjaman buku dijalankan untuk mengurangkan beban PBACSM untuk menyediakan buku teks baharu setiap tahun.
  4. Bahan Bantu Belajar
    Membantu para guru mengajar dengan menggunakan pelbagai alat bantu belajar dan kaedah yang menarik untuk memudahkan pemahaman pelajar PBACSM.
  5. Pakaian Seragam
    Memberi rasa kesatuan sesama pelajar dan menanam sifat berdisiplin dalam kalangan pelajar.
  6. Kos Perubatan
    Pelajar yang ditimpa sakit ringan semasa di PBACSM akan mendapat bantuan kewangan untuk kos rawatan dan perubatan.
  7. Kos Penjagaan Psikologi
    Kesihatan mental pelajar amat dititikberatkan. Pakar psikologi akan datang dah menguji tahap kesihatan mental para pelajar setiap tahun.
  8. Bantuan Kecemasan
    Pelajar PBACSM yang ditimpa sakit kronik atau berlaku kemalangan ketika di sekolah atau dalam program kelolaan sekolah akan ditanggung kos rawatan daripada tajaan Sponsor A Child ini.

Penyumbang akan mendapat:

  • Ringkasan profil pelajar tajaan
  • Laporan akademik pelajar untuk 2 semester
  • Lawatan pelajar tajaan
  • Kemas kini tentang aktiviti pelajar tajaan di PBACSM
Lengkapkan borang di bawah untuk wakil kami hubungi anda kembali bersama maklumat berkenaan program ini.