Pendidikan merupakan hak setiap kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pelarian, inilah satu-satunya medium untuk mereka mengubah nasib diri mereka.
Rata-rata daripada kanak-kanak ini menjadi pelarian di negara seperti Jordan, Turki, Lebanon, Mesir dan Iraq. Malangnya, hanya separuh daripada mereka berpeluang untuk menikmati pendidikan formal di sekolah, sedangkan pendidikan merupakan titik tolak kepada pembinaan masyarakat yang kuat.
Tanpa pendidikan, Syria tidak akan mempunyai guru, jurutera dan doktor yang akan membina kembali negara mereka.
Sekolah Kita atau Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia merupakan hasil usaha dan kerja keras CSM dalam membantu kanak-kanak pelarian Syria mendapatkan akses pendidikan. Sehingga kini, kami sudahpun miliki 3 buah sekolah yang terletak di Jordan, Turki dan Malaysia.
Merupakan projek CSM yang pertama khusus untuk anak-anak Syria di Mafraq, Jordan. Ditubuhkan pada 2016 & sudah pun memasuki tahun ke-5.
Menyasarkan 100 pelajar baharu setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua anak Syria di Mafraq. Mata pelajaran yang diajar mengikut silibus Jordan adalah Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Pendidikan Islam.
Sekolah Kita menyediakan silibus pelajaran yang menepati standard kurikulum peperiksaan iGCSE
Menganjurkan acara-acara sekolah seperti hari sukan, majlis konvokesyen & lawatan luar
Membudayakan nilai-nilai murni seperti empati, semangat kerjasama & rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar
Kami juga melakukan inisiatif untuk menyediakan servis pengangkutan bagi meringankan bebanan ibu bapa
Menerima kanak-kanak peringkat awal pendidikan dari umur 4 -12 tahun & membahagikan mereka kepada 3 tahap
CSM bekerjasama bersama NGO tempatan untuk membantu anak-anak Syria di Kilis, Turki. Ditubuhkan pada 2017 di Kilis Turki dan sekarang perlu ditutup serta merta atas arahan kerajaan Turki. Dan CSM meneruskan inisiatif dengan membina sebuah Sekolah KITA di Afrin, Syria untuk menggantikan Sekolah KITA di Kilis, Turki ini.
Bakal memberi peluang pendidikan kepada 250 orang pelajar Syria di Afrin, Syria berumur sekitar 5 sehingga 12 tahun.
Sistem PdP semi-formal dimana Sekolah KITA 2 akan mengukuhkan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) untuk tahun yang pertama. Kemudian, Sekolah KITA 2 akan berjalan seperti sekolah formal menggunakan silibus Turki.
Sekolah Kita menyediakan silibus pelajaran yang menepati standard kurikulum peperiksaan iGCSE
Menganjurkan acara-acara sekolah seperti hari sukan, majlis konvokesyen & lawatan luar
Membudayakan nilai-nilai murni seperti empati, semangat kerjasama & rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar
Kami juga melakukan inisiatif untuk menyediakan servis pengangkutan bagi meringankan bebanan ibu bapa
Menerima kanak-kanak peringkat awal pendidikan dari umur 4 -12 tahun & membahagikan mereka kepada 3 tahap
Projek terbesar CSM dalam membekalkan pendidikan percuma kepada anak-anak Syria di Malaysia. Ditubuhkan pada 2018 di Bangi, Malaysia dan berjaya memasuki tahun ke-3. Juga dikenali sebagai Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM).
Sekolah KITA 3 mempunyai 9 bilik darjah dengan jumlah 45 pelajar dalam kalangan umur 4 sehingga 16 tahun.
Menggunakan program IGCSE yang menawarkan subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Al-Quran, Geografi, Komputer dan Agama.
Sekolah Kita menyediakan silibus pelajaran yang menepati standard kurikulum peperiksaan iGCSE
Menganjurkan acara-acara sekolah seperti hari sukan, majlis konvokesyen & lawatan luar
Membudayakan nilai-nilai murni seperti empati, semangat kerjasama & rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar
Kami juga melakukan inisiatif untuk menyediakan servis pengangkutan bagi meringankan bebanan ibu bapa
Menerima kanak-kanak peringkat awal pendidikan dari umur 4 -12 tahun & membahagikan mereka kepada 3 tahap
Cinta Syria Malaysia turut mengalu-alukan individu perseorangan atau syarikat yang ingin membina hubungan berterusan dengan kami melalui Sekolah Kita.