Young Scientist Day 2019

Pada 5 Oktober 2019 yang lalu, pelajar Sekolah III telah mengikuti program Young Scientist Day 2019 di Universiti Puta Malaysia (UPM). Progam ini memberi peluang kepada sekolah anak-anak yatim beserta anak-anak Syria merasai pengalaman menyeronokkan untuk belajar Sains.

Cikgu Anas dan Cikgu Fauzi telah bersama-sama mengiringi 73 anak-anak Syria Sekolah III. Program berlangsung daripada pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari. Tujuan program ini adalah untuk menanam minat terhadap sains dalam kalangan anak-anak Syria.

Antara program yang telah dijalankan ialah ‘H20 Rocket’ , ‘DIY Parachute’, dan ‘Vinegar Volcana’. Moga dengan pendedahan ini, anak-anak Syria semakin semangat untuk mendalami ilmu demi pembangunan diri dan masyarakat.

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email