Speaking As An Art For All (SPARTA)

Pusat Bahasa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melaksanakan program ‘Speaking As An Art For All (SPARTA) di Sekolah III.

Penganjuran program ini bertujuan mendekatkan pelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris secara interaktif dan amali (hands-on) yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas.

Seramai 25 kanak-kanak Syria telah terlibat. Program ini telah berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari.

Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah pengenalan kepada penggunaan bahasa badan

dalam pengucapan awam. Di samping itu, terdapat juga pendedahan kaedah merangka ucapan, iaitu pembukaan, isi dan penutup berkesan melalui kaedah interaktif.

Pihak Sekolah III sememangnya mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama melaksanakan program untuk kebaikan anak-anak syria ini. Kami cukup komited untuk memastikan anak-anak Syria ini mendapat pengalaman pendidikan terbaik.


Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email