Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kita I

19 November 2018. Pada hari Isnin yang lalu, Sekolah Kita I, Mafraq, Jordan telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Sambutan Maulidur Rasul ini melibatkan sejumlah lebih kurang 85 pelajar dari Sekolah Kita 1. Sambutan dimulakan dengan persembahan pelajar dari raudah dan diikuti persembahan dari pelajar sof 6.

Sambutan diteruskan dengan kuiz berkenaan baginda Nabi Muhammad S.AW. Ustaz Ghassan selaku pengerusi majlis telah menanyakan beberapa soalan kepada para pelajar disertai dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan kuiz tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kita 1 diteruskan dengan persembahan alunan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW oleh dua orang pelajar Malaysia dan diakhiri dengan agihan manisan dan Al-Quran kepada para pelajar pada jam 6.40 petang.

Secara keseluruhannya, Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kita 1 telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Walaupun program ini berskala kecil, namun apa yang penting adalah kegembiraan yang dirasai oleh anak-anak ini serta peringatan kita terhadap Nabi Muhammad SAW.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak CSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program Sambutan Maulidurrasul ini. Semoga Allah menilai segala usaha kita dengan sebaik-baiknya.

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email