Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

CSM telah menghantar 3 wakil untuk memberi bantuan di Syria.

Projek Ramadhan For Syria Di Sempadan Turki Dan Di Dalam Syria.

Kami dibawa ke sebuah dapur yang terletak betul-betul di sebelah sempadan Turki-Syria. Dapur tersebut adalah tempak memasak dan menyediakan juadah berbuka untuk 15 000 penduduk di dalam Syria. Dan yang paling mengkagumkan, 15 000 juadah ini kesemuanya ditaja hasil sumbangan oleh kalian!

Satu kenikmatan untuk mereka dari rakyat Malaysia. Terima Kasih Malaysia!

Ramai yang bertanya bagaimana makanan yang diagihkan kepada 15 000 penduduk Syria dimasak? Bagaimana ia dihantar? Ayuh tonton video ini untuk maklumat lanjut.

Majlis berbuka puasa bersama 3000 orang pelarian Syria di Kilis, Turki. Konsep berbuka yang kami anjurkan mudah sahaja. Satu pengumuman dibuat kepada pelarian di kawasan itu. Siapa sahaja dijemput untuk hadir mengambil rezeki yang diagihkan. Nasi, ayam, sup, sayuran dan manisan.

Perhatikan wajah anak-anak di dalam video ini. Apa reaksi teruja melihat juadah yang kalian sampaikan tidak cukup membuatkan kita bahagia kerana berpeluang untuk menyuap sendiri rezeki ke mulut suci mereka?

Agihan 500 pek makanan kepada penduduk Syria. 300 dah bawa masuk ke dalam Syria manakala baki 300 diagihkan kepada pelarian Syria di Turki.

Pada hari Ke 4 Projek Ramadhan For Syria Di Sempadan Turki Dan Di Dalam Syria dijalankan, kami ke sekolah Al Ansar. Sekolah khas yang dibuka di Turki khas untuk anak-anak pelarian Syria di sana. Kapasitinya ramai. Mencecah sehingga 800 orang ramainya. Alhamdulillah. Seterusnya kami ke salah sebuah taman di sana. Agendanya untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim Syria.

Malah kami sempat bersukaneka bersama mereka sebelum berbuka!

Berbaki satu hari lagi terawih di bulan Ramadhan, dan dua hari lagi untuk beraya. Raya di perantuan sememangnya penuh dengan kekurangan, tapi bisa diisi dengan kelebihan yang lain. Nasi dagang, lemang, ketupat daun palas, dodol, dan sebagainya menjadi no 2 untuk didapatkan, kerana yang utama adalah ukhwah kita merayakan aidilfitri bersama. Untuk team Ramadhan SekolahKita @tsdbj , ribuan terima kasih diucapkan untuk segala penat lelah & duit yang korang korbankan, tak lupa juga kasih sayang yang korang kongsikan.

Tak lupa juga tahniah & terima kasih ketua Cawangan TSDBJ Mafraq Mohd Iqbal & Ahmad Nabil atas kejayaan projek Iftor Jamaie & projek Baju Raya tahun ini. Untuk team Ramadhan TSDBJ Turki & Syria Musa Nuwayri, Barakat Nordin, Sen Mna , tahniah diucapkan atas kejayaan korang membantu pelarian Syria di sana dan berjaya mencapai target tauzik yang dirancang.

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua, mohon maaf zahir & batin. Doakan kami anak perantuan.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0