Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Projek Segera ‘Ambang Aidilfitri’

“Abang, saya perlukan duit. Saya tiada duit untuk berbuka” sapa 3 orang kanak-kanak Syria dalam lingkungan 12-13 tahun seusai solat terawih.

4 Ogos 2013. Kami berkunjung ke rumah kanak-kanak tersebut untuk meninjau sejauh mana kesusahan mereka. Rumah mereka terletak di tingkat satu di sebuah bangunan di Hayy Dhubat di Mafraq, Jordan. Kedatangan kami disambut oleh Nasir Yahya Osman, ketua keluarga di rumah itu. Selain keluarga sendiri, beliau turut menanggung anak-anak saudaranya yang sudah menjadi yatim akibat perang di Syria. Ada di kalangan anak saudaranya yang terpaksa bekerja sebagai pencuci kereta seawal usia 13 tahun.

Rumah mereka tidaklah begitu sempit, tetapi rumah 4 bilik ini didiami oleh 29 orang yang terdiri dari 4 keluarga. Bayangkan, satu bilik kecil memuatkan 4-9 orang mengikut keluarga masing-masing. Yang selebihnya terpaksa tidur di bahagian ruang tamu. Dan berapakah sewa untuk rumah ini? JD250/RM1125! Ya, satu jumlah yang sangat besar yang perlu sama-sama mereka kongsi untuk membayarnya setiap bulan.

Bahagian dapur diceriakan dengan kehadiran sebuah peti sejuk dan dua buah dapur memasak yang disedekahkan seorang hamba Allah. Kelihatan nasi semalam yang masih berbaki dan akan dipanaskan semula untuk dijadikan juadah berbuka pada hari tersebut.

Keluarga besar yang berasal dari Damsyik ini berpindah ke mari 3 bulan lalu dari kem Zaa’tari akibat persekitaran yang kotor di sana, ditambah ancaman pergaduhan dan perbalahan kabilah. Rumah mereka hanya dihiasi tilam-tilam nipis di dalam bilik-bilik dan sofa yang sudah usang tempat mereka berehat. Juga sebuah televisyen lama pengubat bosan. Sebuah peti sejuk dan dua dapur memasak pemberian hamba Allah menjadi aset berharga mereka di dapur. Masakan secara ala kadar akan dikongsi seramai 29 orang di sini. Dapur mereka juga hanya dipenuhi bekas-bekas kosong yang dahagakan isi. Ada kalanya, mereka hanya mengharapkan ehsan dari jiran sekeliling untuk meneruskan hidup.

Perjalanan ke sebuah pasaraya berhampiran untuk membeli barang-barang keperluan selama sebulan.

Pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan mengambil inisiatif segera untuk membantu keluarga ini. Kami membawa mereka ke sebuah pasaraya berdekatan untuk membelikan barang-barang keperluan berupa beras, minyak, ayam, telur, gula dan lain-lain. Kira-kira JD200/RM900 dibelanjakan untuk membeli keperluan mereka untuk sebulan. Mereka diberi peluang memilih sendiri barangan yang diperlukan. Suatu ketika, Saddam dan Husin mengambil kereta mainan lalu dimarah sepupunya. Keinginan anak-anak ini untuk memiliki mainan akan cuba kami tunaikan. Kami turut membelikan nasi mandi ayam golek untuk juadah berbuka mereka pada hari itu. Turut diserahkan ialah nasi mandi bersama ayam golek. Kata Ahmad(berbaju hitam) “Ini adalah nasi mandi kami yang pertama di sini”. Nasi Mandi pertama mereka di bumi Jordan.

Turut diserahkan ialah nasi mandi bersama ayam golek. Kata Ahmad(berbaju hitam) “Ini adalah nasi mandi kami yang pertama di sini”.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0