Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

22 Julai 2018, Ahad.

Hasil kerjasama Sekolah Kita III dan Kumpulan 14, Latihan Bina Insan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (USIM) Mini Fesko sekolah telah berjaya di jalankan.

Bertempat di Padang Awam, Bandar Sri Putra seramai 42 orang pelajar telah menyertai acara sukan sekolah. Ketibaan pelajar telah disambut riang oleh setiap satu pelajar USIM dan anak-anak Sekolah Kita telah dihidangkan dengan sarapan yang sangat lazat. Shawarma Ayam! Semestinya kegemaran mereka.

Majlis telah di mulakan dengan bacaan Asma ul-Husna dan dilengkapi dengan bacaan doa oleh ketua program. Seterusnya, acara sukan didahulukan dengan activity memanaskan badan. Mereka telah dibahagikan kepada 4 buah kumpulan (Merah, Biru, Hijau dan Kuning) sangat seronok melihat anak-anak kita melompat keriangan!

Antara acara Sukaneka yang telah dilangsungkan adalah Bola Gelung, Bola Pingpong & Sudu, Guli & Botol dan Belon Kasih. Turut dimeriahkan lagi dengan acara larian 50 meter, 100 meter dan 4 x 100 meter. Akhir sekali acara sukan ini diakhiri dengan perlawanan bola sepak antara pelajar lelaki dan mahasiswa USIM. Sekaligus, pelajar perempuan meneruskan permainan Kerusi Melodi.

Alhamdulillah! Acara selesai, setinggi penghargaan buat Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Selangor (USIM) yang telah menjayakan program Mini Fesko Sekolah Kita III. Jumpa kalian di lain acara.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0