(FESKO 18′) Sekolah Kita I

Khamis, 2 Ogos 2018 – Sekolah Kita I telah mengadakan sebuah festival sukan yang dinamakan Mini FESKO 2.0. Ini merupakan kali kedua festival sukan sebegini diadakan pada tahun ini.

Mini FESKO 2.0 kali ini melibatkan sejumlah 24 pelajar lelaki Sekolah Kita I gabungan darjah 4, 5, dan 6. Dalam pada itu, seramai 6 orang AJK dan sukarelawan telah menyertai Mini FESKO 2.0 ini, dan tidak lupa juga Ustaz Saeed selaku wakil guru Sekolah Kita I.

Acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak. Para pelajar dibahagikan kepada empat buah kumpulan, iaitu “Arab Saudi”, “Mesir”, “Iran”, dan “Tunisia”, yang dinamakan mengikut negara-negara.

Program bermula sekitar jam 4 petang di mana para pelajar berkumpul di sekolah sebelum dibawa ke Solah Riyadhiah, Mafraq menaiki koster. Setibanya di solah, aktiviti dimulakan dengan sesi senaman ringan. Tepat jam 5.00 petang, perlawanan antara kumpulan dimulakan. Perlawanan ini telah tamat pada jam 7.00 petang, diikuti sesi penyampaian hadiah dan agihan makan malam bersama para pelajar.

Secara keseluruhannya, Mini FESKO 2018 telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Walaupun program ini berskala kecil, namun apa yang penting adalah kegembiraan yang dirasai oleh anak-anak ini. Di atas kesempatan ini, kami dari pihak CSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program Mini FESKO 2.0 ini. Semoga Allah menilai segala usaha setiap satu dari kita dengan sebaik-baiknya.

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email