(FESKO 17′) Sekolah Kita I

Festival Sukan Sekolah Kita – 2017

Alhamdulillah, pada tanggal 15 April 2017 bersamaan hari Sabtu, Tangisan Syria Di Bumi Jordan menganjurkan Festival Sukan Sekolah KITA atau singkatannya (FESKO 17′). Festival ini adalah sama seperti hari sukan sekolah yang biasa diadakan secara tahunan di Malaysia.

FESKO 17′ ini akan disertai oleh anak-anak Sekolah KITA, anak-anak tuisyen jalanan di bawah kelolaan TSDBJ Irbid, dan barisan sukarelawan kami dari Mafraq serta Irbid, yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan rumah sukan.

Tujuan FESKO 17′ ini diadakan tidak lain tidak bukan untuk membawa keseronokan buat anak-anak tersayang, di samping menanam semangat daya saing yang sihat dalam kalangan mereka. Semoga dengan itu tercapailah misi kita untuk memastikan anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak mereka yang menyeronokkan, sebagaimana kanak-kanak lain. InsyaAllah.

Ini adalah gmbar-gambar yang sempat diambil kepada anda Festival Sukan Sekolah KITA dari Hadiqah King Abdullah II, Irbid.
Jangan lupa tonton dan raikan keseronokan bersama kami!

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email