Pada 5 Oktober 2019 yang lalu, pelajar Sekolah III telah mengikuti program Young Scientist Day 2019 di Universiti Puta Malaysia (UPM). Progam ini memberi peluang kepada sekolah anak-anak yatim beserta anak-anak Syria merasai pengalaman menyeronokkan untuk belajar Sains.

Cikgu Anas dan Cikgu Fauzi telah bersama-sama mengiringi 73 anak-anak Syria Sekolah III. Program berlangsung daripada pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari. Tujuan program ini adalah untuk menanam minat terhadap sains dalam kalangan anak-anak Syria.

Antara program yang telah dijalankan ialah ‘H20 Rocket’, ‘DIY Parachute’, dan ‘Vinegar Volcana’. Moga dengan pendedahan ini, anak-anak Syria semakin semangat untuk mendalami ilmu demi pembangunan diri dan masyarakat.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Tinjauan Gempa Bumi Turkiye-Syria
School Trip Pusat Sains Negara
Medical Checkup PBACSM X Klinik As Salam