Apabila kami beritahu anak-anak ada sesi ukur baju, bertubi-tubi soalan datang seolah-olah tidak sabar untuk melihat baju uniform siap.
Sebelum ini, anak-anak hanya memakai t-shirt jersey semasa hari persekolahan. Memang tiada langsung uniform rasmi seperti sekolah lain. Namun alhamdulillah, dengan sumbangan anda semua, anak-anak akhirnya dapat merasai hadir ke sekolah memakai uniform sekolah seperti pelajar sekolah yang lain.
Semalam di Sekolah KITA 3, tukang jahit telah datang dan mengukur anak-anak perempuan Sekolah KITA 3, kerana spesifikasi uniform yang sukar ditemui di kedai uniform biasa. Untuk anak-anak lelaki, ukuran sudah selesai diambil kerana uniform mereka sudah tersedia di kedai.