Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

SCHOOL TRIP PBACSM – PUSAT SAINS NEGARA

It’s a school trip. Yay!

Setiap tahun, pelajar-pelajar Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) berpeluang untuk merasai lawatan sambil belajar. Alhamdulillah pada tahun ini, mereka dapat peluang ke Pusat Sains Negara. Seramai 56 orang pelajar yang terlibat, dari pelajar Kindergarten sehingga Grade 9. 

Seawal jam 8 pagi, pelajar-pelajar dah siap sedia berkumpul di PBACSM. Semua kelihatan teruja dan tak sabar untuk ke Pusat Sains Negara. Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Bukit Damansara mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 15 minit.

Matlamat utama program lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberi pengalaman interaktif sains dan teknologi kepada para pelajar. Jika sebelum ini, mereka cuma belajar teori di dalam kelas sahaja. Melalui program ini, mereka dapat pengalaman secara praktikal atas apa yang telah dipelajari.

Selain itu, program lawatan sambil belajar juga membantu para pelajar dari segi sokongan moral dan psikososial. Di Pusat Sains Negara, mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis aktiviti seperti eksperimen sains yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk belajar tentang sains disebalik fenomena semulajadi berkenaan akua, cahaya dan angin serta bagaimana elemen-elemen ini membantu mengemudi teknologi hijau masa hadapan.

Tanpa sokongan dan bantuan dana daripada kalian, program ini tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Jutaan terima kasih kepada MAPIM atas tajaan bas bagi program ini. Tidak dilupakan juga buat penderma individu yang menaja makan tengah hari.

Terima kasih semua!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

Sports Day PBACSM 2024
MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM