Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Kolaborasi Agihan Pek Iftar X Ikhlas by Air Asia Ramadan

 

Agihan Hari Pertama

15 April 2022 – Agihan kupon makanan Ramadan sudah diagihkan! Seramai 45 buah keluarga Syria yang menetap di sekitar kawasan Bangi, Kajang, Seri Kembangan dan Serdang telah menerima kupon 99 Speedmart bernilai RM 85. Sumbangan kupon tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka. Sungguh Ramadan mereka lebih bermakna dengan sumbangan kalian.

 

Agihan Hari Kedua

17 April 2022 – Agihan pek iftar pada kali ini, CSM bekerjasama bersama NGO Ikhlas by Air Asia. Seramai 45 buah keluarga Syria yang menetap di sekitar kawasan Bangi, Kajang, Seri Kembangan dan Serdang mendapat pek iftar ini . Jelas riak wajah mereka yang sangat gembira sewaktu agihan. Sesungguhnya kegembiraan sebenar adalah apabila kita dapat membuat saudara kita gembira.

 

Agihan Hari Ketiga

20 April 2022 – CSM telah menjalankan agihan pek iftar kepada 48 keluarga pelarian Syria yang berada di sekitar Bangi, Kajang, Seri Kembangan dan Serdang. Pek iftar tersebut terdiri daripada nasi mandi ayam, roti Arab dan juga manisan.

 

Agihan Hari Keempat

28 April 2022 – Pada minggu akhir Ramadan yang lepas, CSM Hope telah mengadakan agihan baju raya kepada 63 wanita asnaf di Chow Kit, Kuala Lumpur. Kali ini kami berkolaborasi bersama Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur. Senyuman yang terukir di bibir mereka membuktikan kegembiraan yang mereka rasai. Terima kasih kepada semua penyumbang kerana telah menjadi asbab senyuman mereka.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0