Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia juga dikenali sebagai (Sekolah Kita 3) dirasmikan pada 12 Februari 2018 merupakan sebuah bantuan pendidikan yang disediakan oleh Cinta Syria Malaysia – CSM kepada anak-anak kecil Syria untuk memenuhi hak mereka sebagai seorang kanak-kanak.

Bertempat di Bandar Puteri Bangi, Sekolah Kita 3 menyediakan 6 subjek teras dan 2 subjek tambahan untuk pelajar berumur 5 tahun hingga 12 tahun.

Pelajar berdaftar adalah seramai 88 orang dan sebanyak 4 kelas disediakan untuk pelajar berumur 7 hingga 12 tahun serta sebuah kelas untuk pelajar tadika.

Kami berharap inisiatif pembukaan pusat bantuan pendidikan ini dapat memberi impak dan kesan positif bukan sahaja kepada kanak-kanak Syria ini bahkan juga kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Tinjauan Gempa Bumi Turkiye-Syria
School Trip Pusat Sains Negara
Medical Checkup PBACSM X Klinik As Salam