Penyampaian Hadiah Pelajar Sekolah Kita III

Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Itu antara nilai yang diterapkan di Sekolah KITA III untuk terus meningkatkan motivasi pelajar beramal dengan sifat mahmudah. Setiap kali pelajar melakukan perkara yang baik mereka akan diberikan “Red Point” dan setiap tahun sekolah akan memberikan hadiah kepada mereka dengan point tertinggi.

Tambahan lagi, majlis penyerahan hadiah kali ini diserikan lagi dengan pengumuman kelas terbersih sepanjang tahun. Untuk pengetahuan semua, pelajar di Sekolah KITA III sangat bersemangat untuk mencantikkan kelas mereka. Ada di antara mereka yang mencipta pintu gerbang menggunakan bahan kitar semula dan ada yang menggunakan kemahiran melukis mereka untuk mencantikkan pintu dan dinding kelas. Paling menarik apabila idea mini akuarium dibuat.

Pembahagian hadiah untuk akhlak terbaik dibahagikan kepada kategori mengikut kelas dan kategori terbaik dalam sekolah. Kategori terbaik sekolah telah dijulungi oleh Sirsa Al-Sibaie dari Grade 2. Hadiah untuk kelas terbaik pula dimenangi oleh Grade 6 yang berjaya memaksimumkan semua sumber-sumber yang ada di sekolah walaupun terhad.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care