Misi Ramadan CSM 8.0 di Lubnan

Alhamdullilah! Agihan Misi Ramadan CSM 8.0 berjalan lancar. Ini ringkasan agihan:

1) Sebanyak 1000 kotak makanan diberikan yang mana memanfaatkan 5000 orang.

2) 1500 set iftar diagihkan. Setiap set bermakna 2 pek iftar.

Alhamdullilah 7500 diberi peluang merasai iftar sedap hasil sumbangan Misi Ramadan lalu.

3) 250 keluarga diberikan baucar pakaian. Ini memberi peluang 1250 pelarian Syria merasai pakaian baru ketika Aidilfitri.

4) 15,000 pek roti telah diagihkan. Setiap pek ada lebih kurang 10 keping roti.

Ini memanfaatkan 37,500 pelarian.

5) 70 kanak-kanak diberikan hadiah hari raya.

6) Sebanyak RM41,500 diperuntukkan untuk penambahbaikkan Hospital Aarsal (Tingkat 2).

7) RM2100 pula untuk peruntukkan kelas Quran yang memanfaatkan 80 pelajar.

 

Untuk melihat video,klik link ini.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Misi Qurban CSM 8.0 di Syria
Agihan Slot Sedekah Daging di Turki
Misi Qurban CSM 8.0 di Lubnan.