Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Gembira, Seronok dan Indah.

3 perkataan yang ini sudah cukup untuk menggambarkan perasaan kami pada rehlah yang lalu.

Alhamdulillah, pada minggu yang lepas sekolah kita telah mengadakan rehlah bersama guru, 100 orang pelajar dan 20 sukarelawan TSDBJ ke beberapa buah tempat yang menarik di Jordan.

Antaranya tempat yang dilawati,

1) Muzium kanak-kanak
2) Muzium Kereta Raja Jordan
3) Magic Land

Ketiga-tiga tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk kami semua menghabiskan masa bersama. Ini adalah rehlah kami yang pertama bagi tahun yang kedua bagi Sekolah Kita. Rehlah inilah yang begitu mengajar erti menjadi seorang yang sabar. Bermacam-macam ragam yang ada. Ada yang sakit perut, mabuk darat, muntah-muntah dan pelbagai ragam yang lain.

Inilah realiti sebenar. Untuk mengembalikan zaman kanak kanak mereka dan memberi ruang untuk meneroka dunia luar, kita sememangnya memerlukan pengorbanan (melayan karenah mereka). Mungkin dalam kita tidak sedar, pengorbanan yang pahit itulah yang menjadi kebahagiaan bagi kita.

Setelah puas bermain dan berehlah, kami sampai ke pangkuan keluarga dengan selamat. Dengan berakhirnya rehlah ini, kami cuma berharap yang mereka sedar dan bermimpi yang indah bahawa dunia ini masih ada harapan untuk mereka menjadi orang yang hebat suatu masa nanti.

Terima kasih kalian. Tanpa sumbangan , kami juga tidak mampu untuk terus memberi senyuman pada mereka.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0