26 Oktober lalu, pelajar-pelajar Sekolah Kita III telah membuat persembahan pembukaan di Konsert Amal: Rhythm of The Soul sempena ICEPs ke-14, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM.
Persembahan dimulakan dengan deklamasi puisi oleh Rua. Diikuti pula dengan koir dalam bahasa Inggeris, Arab dan Melayu. Buat pertama kalinya, pelajar-pelajar kami membuat persembahan dalam bahasa Melayu di hadapan ribuan penonton yang hadir pada malam tersebut.
Tim persembahan ini dikelolai oleh Mr. Aliff, Mr. Ahmad, Miss Bayan dan Miss Yaya. Setinggi penghargaan kepada pihak USIM dan Iceps14 atas peluang ini untuk pelajar-pelajar kami menimba pengalaman baharu di ruang pentas.
Kepada Noh Salleh & Mizz Nina terima kasih kerana turut bersama kami untuk berkongsikan pengalaman mereka sepanjang melalui liku-liku dunia kemanusiaan.
Tidak lupa juga kepada Abstrax Jingga yang telah menyampaikan sumbangan mereka buat Cinta Syria Malaysia -CSM. “Ketika nama aku dipanggil untuk mewakili Cinta Syria Malaysia – CSM bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan oleh abstraxjingga, entah mengapa aku begitu sebak.”kata Musa Nuwayri, Ceo Cinta Syria Malaysia – CSM.
“Kalian yang tahu betapa gahnya Abstrax juga pasti tidak menyangka yang mereka akan memilih kami untuk menerima cek ini.”sambungnya lagi. Ini adalah kuasa Tuhan. NGO yang diasaskan hanya untuk mengisi masa lapang ketika mereka belajar di Jordan hari ini diberikan pengiktirafan sebesar ini. Alhamdulillah.