Kelas Pengukuhan Sekolah Kita I

Setelah 3 kali meeting hanya untuk membincangkan tentang kelas pengukuhan English, Bahasa Arab dan Mathematics anak-anak Sekolah Kita I, Alhamdulillah harini, hari pertama Kelas Pengukuhan dijalankan.

Seramai 28 pelajar dari 95 orang ditapis untuk diberi kelas pengukuhan (daripada darjah 2 sehingga darjah 6).

3 kelas diperuntukkan untuk kelas pengukuhan,-Kelas Darjah 2, Darjah 3 dan Gabungan 4,5,6. Sungguh kami harap anak anak Sekolah Kita I, paling kurang dapat mengira, membaca, menulis, kenal abjad dan nombor. Kami cukup gembira.

Proses pembelajaran jadi tertunda dek sesetengah pelajar yang terkebelakang sedikit dalam pelajaran. Tujuan utama kami buat kelas pengukuhan, supaya anak anak tak berasa sedih bila kawan yang lain boleh menjawab, dia tak boleh, hanya sebab dia tak tahu membaca.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care