Gala La Feria 2.0 Sekolah KITA III

Gala La Feria 2.0 Sekolah KITA III 2019 di Petrosains & KLCC ditaja sepenuhnya oleh tim Resources Development & Management Petronas. Pelajar dan kakitangan sekolah bergerak ke KLCC dengan menaiki bas yang disediakan dan bernasyid beramai-ramai di dalam bas tersebut untuk mengisi waktu kosong di dalam bas. Program bermula seawal jam 9:30 pagi di KLCC dengan program tie die baju. Setiap pelajar mendapat peluang untuk meluaskan kreativiti mereka dengan mewarnai t-shirt mengikut cita rasa masing-masing.

Aktiviti disambung dengan lawatan dalam petrosains. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh kakitangan sekolah dan CSM, sukarelawan & tim RDM sendiri.

Secara keseluruhan program berjalan dengan sangat lancar dan banyak perkara yang dapat dipelajari oleh pelajar dan tim kami sendiri. Seronok melihat senyuman terukir diwajah mereka dan setiap keterujaan mereka direkod dalam memori kami.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Tinjauan Gempa Bumi Turkiye-Syria
School Trip Pusat Sains Negara
Medical Checkup PBACSM X Klinik As Salam