Kem Bahasa Melayu (KBM) julung-julung kali diadakan oleh Sekolah KITA III untuk memastikan anak-anak Syria ini mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa tempatan. Salah satu aktiviti untuk mengukuhkan kemahiran mereka terhadap budaya tempatan adalah aktiviti eksporasi ke KLCC.
Pelajar yang terlibat akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu mencari jalan mereka sendiri untuk sampai ke KLCC dengan menggunakan pengangkutan awam yang ada.
Sampai di KLCC mereka dibenarkan untuk bermain di taman permainan yang disediakan dan melaksanakan solat secara berjemaah di masjid KLCC.