Sekolah Kita III – CSM Menghadirkan diri ke sekolah pasti terasa janggal tanpa adanya pakaian seragam sekolah yang sesuai. Itulah yang dirasai anak-anak ini selama 6 bulan persekolahan. Lebih terasa sayu apabila baju yang dipakai sudah lusuh dan tidak berganti.
Yang setiap hari koyaknya kian bertambah.
Namun, Alhamdulillah setelah masuk bulan ke-7 persekolahan, sumbangan pakaian seragam anak-anak ini sudah cukup dan terus ditempah. Mereka menerima dua helai seorang untuk dipakai setiap hari ke sekolah.
Sewaktu pengagihan dilakukan, sekolah kami riuh kerana gembira. Ada yang berlari serta melompat dan ada juga yang memeluk sambil menghidu bau baru baju itu. Malah, kebanyakan daripada anak-anak ini menyarung terus pakaian seragam yang diberi.
Bayangkan betapa gembiranya mereka menerima sumbangan yang diberikan walaupun sekecil-kecil sumbangan.
Terima kasih buat Natasya Hudson, Ahmad Zameer dan Nabila Asykin yang turut serta semasa penyerahan uniform bagi memeriahkan lagi suasana.
Kepada semua yang menyumbang dan tahniah kerana berjaya membahagiakan anak-anak ini !