Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Ramadan Mission CSM 2.0

Sepanjang bulan ramadhan ini, pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan​ telah mengagihkan makanan berbuka puasa kepada pelarian Syria yang berada di Jordan dengan kerjasama Yayasan Khalid Ibn Walid.

Setakat ini, sebanyak lebih empat ribu (8400) set makanan telah diagihkan kepada pelarian Syria sekitar Mafraq, dan lain-lain.Dan agihan ini akan berlarutan sehingga penghujung ramadhan.

Untuk makluman para dermawan sekalian, pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan menyediakan lebih 200 sehingga 400 set makanan setiap hari.

Syukran diucapkan kepada para dermawan yang menderma sekaligus membantu melicinkan lagi projek amal ini.

Nabi SAW bersabda, ”Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

Gambar-gambar yang sempat diambil semasa pengagihan.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MOU CSM x Faizal Tahir – Langkah Baharu Demi Masa Depan Ummah
Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin
Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!