Projek market untuk sekolah telah lama dirancang namun kerap ditunda disebabkan faktor-faktor yang menghalang. Namun alhamdulillah dengan bantuan dari tim Suspended Meal projek ini berjaya dijalankan dengan baik dan telah berjaya dirasmikan pada 18 Mei 2019. Dinamakan SMART (Sekolah Market) telah beroperasi sepenuhnya pada Jun 2019. Menariknya, pelajar membeli barang-barang di SMART dengan menggunakan matawang khas dalam sekolah yang akan diperolehi dengan penukaran “Red Point” kepada “School Pound”.
“Killing two birds with one stone” adalah sesuai dengan pelaksanaan SMART. Pelajar akan lebih bersemangat mengamalkan sifat mahmudah untuk mengumpul lebih banyak point kemudiannya dapat membeli apa sahaja yang diperlukan daripada SMART. Terima kasih juga kepada tim Suspended Meal dan juga mereka yang menyertai program pada hari tersebut atas kejayaan ini.