#UrgentCall4Idlib

Berapa ramai lagi yang harus mati? Dan sampai bila kita hanya sekadar memerhati?
.
Saat ini dan tika ini, lebih 3 juta nyawa mereka yang berada di Idlib seperti di hujung tanduk. Serangan rejim Syria ke atas Idlib semakin memuncak. Bedilan roket dan bom barmil menggila. Memaksa mereka yang berada di Idlib mula keluar mencari perlindungan di kawasan lain.
.
Sejumlah lebih 900,000 orang telah melarikan diri dari Idlib semenjak 1 Disember 2019.
.
Tetapi mereka tidak tahu mahu ke mana! Turki sudah menjadi rumah kepada 4 juta pelarian dan tidak mampu lagi menampung penambahan sebarang pelarian buat masa ini.
.
Kami menjadi saksi mata sebahagian daripada mereka ini terpaksa tidur di dalam kenderaan, tidur di bawah pepohonan zaitun, berbaring di atas lecak, berbumbungkan langit, dihembus angin yang membawa dingin dalam keadaan musim sejuk yang semakin membeku.
.
Tangisan anak-anak kecil bersahut-sahutan. Sayu.
.
Teman-teman yang baik,
Dengan banyaknya perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita pada waktu ini, dengan pelbagai banyaknya ujian dan wabak penyakit yang sedang melanda, ketidaktentuan suasana politik di bumi Malaysia, kesibukan kita sendiri berjuang demi menyara diri dan keluarga dan pelbagai kesibukan-kesibukan yang lain…..
.
Andai ada ruang untuk kita sama-sama membantu mereka yang berada di Idlib, Syria, maka dengan rendah hatinya kami merayu.
.
Benar-benar merayu.
.
Sejumlah RM1,000,000 dana kecemasan diperlukan untuk membantu meringankan beban mereka yang terpaksa melarikan diri dari dibedil bom yang menggila di Idlib. .
Mereka memerlukan khemah, baju sejuk dan selimut untuk berlindung dari kesejukan, mereka perlukan makanan untuk mengalas perut yang lapar, kerana mereka melarikan diri sehelai sepinggang.
.
Demi memelihara nyawa.
.
Silakan klik pada pautan berikut untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita biat mereka. Seberapa segera akan kami hantarkan bantuan ini.
.
www.billplz.com/urgentidlib
www.billplz.com/urgentidlib
www.billplz.com/urgentidlib
.
Atau pindahan/deposit wang tunai ke akaun MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD :
.
MAYBANK : 5648-1051-3971
BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email