Saya berminat untuk melaksanakan program/projek kolaborasi bersama pihak CSM. Bagaimanakah caranya?
Untuk tujuan kolaborasi, anda boleh hubungi pegawai perhubungan awam kami untuk maklumat lanjut iaitu : Auni Haziqah: 019-9585862 Iylia Balqis: 014-2395291
Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai ahli sukarelawan CSM?
Pendaftaran sukarelawan boleh dilakukan melalui laman web rasmi CSM. Pengumuman berkaitan pencarian ahli baru sukarelawan akan dimaklumkan di laman sosial rasmi CSM.
Bolehkah saya memohon resit pengecualian cukai (tax exemption) bagi derma yang disumbangkan?
Berkaitan dengan pertanyaan mengenai pelepasan cukai, buat masa ini, pihak kami terpaksa menangguhkan manfaat ini sehingga satu tempoh yang akan kami maklumkan kemudian. Namun, kami sedang berusaha ke arah itu dan masih di dalam proses.
Bagaimanakah cara untuk saya menderma kepada Cinta Syria Malaysia (CSM)?
Derma boleh dimasukkan ke akaun rasmi CSM: Maybank 562834640983 Persatuan Cinta Syria Malaysia ATAU Pautan pantas: https://donation.cintasyriamalaysia.com/