Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Zairah MyCare Bersama Cinta Syria Malaysia.

Pada hari Sabtu bersamaan 7 April, telah diadakan ziarah dan agihan sumbangan ke dua buah kem pelarian Syria bersama wakil Cinta Syria Malaysia – CSM di Jordan. Sumbangan dalam bentuk keperluan asasi yang ditaja sepenuhnya oleh NGO dari Malaysia iatu MyCare, telah diagihkan ke kem-kem berkenaan. Sewaktu ziarah juga telah dijalankan aktiviti melibatkan para sukarelawan dengan penduduk kem.

Di kem pertama dijalankan slot “hygiene” di mana para sukarelawan mengajar kanak-kanak untuk memberus gigi dengan betul, begitu juga dengan tips-tips berkaitan kebersihan. Manakala di kem kedua iaitu kem Abu Abdullah yang tidak asing lagi bagi pihak CSM, telah diadakan ziarah, agihan sumbangan, dan makan tengahari bersama-sama para penduduk kem. Di kem tersebut juga telah dijalankan aktiviti bermain layang-layang bersama-sama kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MyCare atas kesudian meluangkan masa menziarahi dan menyantuni para pelarian Syria di sini, begitu juga atas sumbangan yang diberikan. Semoga tuhan membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baiknya insyaAllah.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0