Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

10 November 2016 – Alhamdulillah, agihan bantuan kali pertama yang dijalankan pada minggu lepas telah berjalan dengan lancar dan selamatnya.

Kali ini kami bersama Mahasiswa dan siswi Universiti Al albayt tahun 1 (batch Wehdah) yang turut menyumbang dan menyertai pada agihan tersebut.

Agihan merupakan lampin/pampers bayi, barang makanan asasi (minyak masak, beras, gula, garam dll) dan pakaian musim sejuk.

26 November 2016 – Agihan bantuan pada kali ini dijalankan seperti biasa ke kem-kem pelarian Syria di sekitar Mafraq, Jordan.

17 Disember 2016 – bagi yang tertanya-tanya mengenai agihan bantuan, ini yang telah dijalankan pada hari Sabtu.

Seperti biasa, agihan ini diagihkan ke kem-kem, namun pada kali ini, kami mengagihkan kepada pelarian di kem-kem baharu yang kami jejaki.

Kali ini kami bersama mahasiswa dan siswi dari Universiti Nu’tah. Turut disertai bersama kami, sukarelawan dari MYCorps dan dua orang pelajar UK yang bercuti di Jordan. Mereka turut menyumbang dan menyertai misi ini. Terima kasih daripada kami kerana sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

24 Disember 2016 – Agihan tetap dijalankan seperti biasa walaupun dalam keadaan hujan lebat , tanah basah dan berlumpur.
Namun begitu, mereka tetap gigih dan membantu kami bersama untuk mengagihkan barang bantuan. Alhamdulillah, hasil sumbangan kami yang kami terima, kami dapat memberi kepada mereka bahan asasi makanan, selimut tebal, sarung tangan dan stokin, Al-Quran.

Manakala di Kem Abu Jasim pula, tambahan kayu api untuk mereka.

Tidak dilupakan juga penghargaan bagi sumbangan dari Fatiha Shuib and Freinds yang memberi sumbangan ‘Sweater One Moment For Them ‘ kepada kanak-kanak Syria.
Semoga sumbangan dan bantuan kalian dikira dan menjadi sebab pemberat timbangan pahala di akhirat kelak.

29 Disember 2016 – Segala pujian hanyalah kepada Allah SWT.
Ketika di awal penyusunan projek kami, kami pernah merancang bahawa misi kali ini untuk mengadakan sekurang-kurangnya sekali bagi tauzik (agihan) jalanan kepada mereka pelarian Syria di sekitar pekan Mafraq.
Alhamdulillah , kami dapat melunaskan perancangan tersebut.

Kami cuba memberi kelainan dengan memberi makanan yang merangkumi roti, dan beberapa jenis makanan lain yang boleh dimakan dalam masa beberapa hari.
Syukur, dapat juga dalam lebih kurang 90 plastik yang dapat kami berikan kepada mereka

Di samping itu juga, misi bantuan ini bakal melabuhkan tirainya.
Kami menghabiskan agihan kami dengan memberi peluang kepada mahasiswa Universiti Al-bayt, Mafraq batch Legend untuk merasai dan melihat bagaimana kehidupan pelarian syria di kem-kem.
Terima kasih kami ucapkan kepada kalian kerana sudi bersama-sama kami untuk terus memberi senyuman kepada pelarian syria di sini.

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang tidak putus memberi, dan yang terus mendoakan kami di sini. Tidak dapat kami teruskan agihan-agihan ini jikalau tanpa sokongan dan bantuan dari kalian semua.

Kami mendoakan agar Allah menghitung amal kalian menjadi pemberat timbangan di akhirat nanti kerana menggembirakan mereka yang dalam kesusahan.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0