Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Tuisyen Jalanan

Projek Tuisyen Jalanan – 24 April 2015, TSDBJ telah merasmikan projek Tuisyen Jalanan di Irbid.

Projek ini adalah prakarsa untuk memberi pendidikan kepada anak-anak Syria yang bekerja di jalanan.

Tuisyen Jalanan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Sukarelawan TSDBJ sendiri dengan kerjasama TFTN Syria Dan MACS sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran.

Kisahnya bermula, apabila salah seorang Ahli Jawatankuasa TSDBJ menjumpai Aiman (8 tahun) dan Yamin (6 tahun) yang menjual gula-gula getah di jalanan. Mereka terpaksa melupakan pelajaran dan perlu bekerja di usia kecil untuk menampung kehidupan.

Nasib yang sama juga dihadapi oleh Luai (9 tahun), Abir (8 tahun), Raghad (6 tahun) yang juga ditemui di jalanan. Mereka juga keciciran dalam pendidikan atas sebab kesempitan hidup.

Maka, atas asbab inilah projek ini dilaksanakan.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0