Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Syrian Summer Picnic oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ke Collaseum Rom, Gua Ashabul Kahfi, Zoo, Taman Tema Permainan dan Taman Raja Bahrain yang dianjurkan Tangisan Syria Di Bumi Jordan khas untuk 160 kanak-kanak pelarian Syria yang sedang mengikuti kelas yang kami anjurkan di Jordan berjalan dengan lancar pada 1 Mei 2014 yang lalu.

Perjalanan yang bermula seawal jam 10.00 pagi bergerak meninggalkan Mafraq menuju ke Amman. Kanak-kanak di bawa ke Collaseum Rom, sebelum bermulanya pertandingan mewarna di sana. Berlaku sedikit masalah apabila banner yang diangkat ketika bergambar dirampas kerana mempunyai gambar bendera revolusi Syria.

Perjalanan disambung pula ke Gua Ashabul Kahfi. Guru mereka memberi sedikit taklimat berdasarkan kisah dan sejarah di dalam gua ini. Seterusnya, kami bergerak ke Taman Raja Bahrain untuk rehat dan makan tengah hari. Kanak-kanak dijamu sebelum ke zoo dan taman tema permainan kanak-kanak yang terletak bersebelahan taman.

Taman tema yang menyediakan permainan seperti kereta api mini, kapal gergasi dan lain-lain benar-benar menghiburkan anak-anak Syria ini. Kira-kira 2 jam dihabiskan sebelum berehat untuk makan malam dan pengagihan hadiah untuk pertandingan mewarna.

Kami bergerak pulang ke Mafraq pada jam 9.30 malam dan anak-anak Syria dihantar ke rumah masing-masing.

Alhamdulillah.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0