Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Sumbangan Bantuan Pelajar Thailand, Jordan

Tanggal 25 Mac 2016, telah diadakan program agihan bantuan kepada pelarian Syria di Bumi Jordan bersama pelajar Thailand yang menuntut ilmu di Jordan.

Agihan berbentuk pek makanan berserta wang tetah diagihkan kepada para pelarian Syria dengan sumbangan yang sangat besar.

Kami dari Tangisan Syria Di Bumi Jordan hanya menjadi pemandu arah sahaja, namun di sebalik sumbangan-sumbangan ikhlas ini hanya dari para pelajar Thailand yang menuntut ilmu di bumi Jordan.

Terima kasih di ucapkan buat semua pelajar Thailand di atas sifat cakna dan perihatin ini, Moga Allah memayungi setiap jasa yang telah kalian taburkan. Dan moga-moga setiap inci tapak kaki kalian yang gigih berjuang ini mengekalkan kita semua ke syurga. Aminnn.

Kuning emas masak padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima Kasih daun keladi,
Budi kalian menjadi kenangan.

Dari Melaka turun ke Pattani
Singgah sebentar di Salak Tinggi
Kalian sungguh menjadi pembudi
Rahmat Tuhan menjadi saksi.

Terima Kasih semua.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0