Qurban Mission CSM 3.0

Bismillah.

Pada hari Isnin yang lepas bersamaan 12 September 2016 merupakan hari raya terbesar bagi seluruh umat Islam iaitu hari raya Qurban. Pada hari tersebut, team Projek Qurban & Aqiqah Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Al AlBayt (PRISMA) telah melakukan sembelihan yang bertempat di rumah persatuan.

Keseluruhan kambing yang telah disembelih adalah sebanyak 36 ekor. 4 daripadanya, kambing persatuan dan yang selebihnya sebanyak 32 ekor adalah kambing-kambing yang ditempah oleh budiman-budiman sekalian yang menyertai Projek Qurban & Aqiqah TSDBJ pada tahun ini.

Setelah itu, daging kambing tersebut telah kami agihkan ke beberapa kem pelarian di sekitar Jordan mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Tetamu dari Saudi juga turut menyertai kami dalam aktiviti pengagihan ke kem-kem pelarian di sebelah petang. Alhamdulillah berkat doa dari semuanya, aktiviti sembelihan juga agihan berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan yang menyertai projek qurban kami pada sesi kali ini. Moga amal ibadah juga penat lelah ini diterima oleh Allah, in sha Allah. Allah yurziq Alaikum.

“Your Help, Their Future”

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email