Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Agihan Sumbangan Kepada Pelarian Syria Sekitar Mafraq, Jordan 3.0

Misi Ketiga Bersama Yayasan Khalid Ibn Walid.

Tanggal 8/9/2013, pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan bersama Palestine Reconstruction Team serta kerjasama Yayasan Khalid Ibn Al-Walid telah selesai mengagihkan sumbangan berbentuk bahan mentah kepada 49 keluarga pelarian Syria dan sebuah keluarga Jordan (Sukarelawan Yayasan Khalid Ibn Walid) sekitar Mafraq, Jordan. Misi bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam.

Kos pembelian barangan sumbangan serta kos pengurusan keseluruhannya untuk misi kali ini berjumlah RM3698.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah merahmati kalian. Insya Allah, pengagihan akan diteruskan pada masa akan datang.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0