Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Pasca Program Humanity Open Day Bersama HOPE

6 April 2018 Jumaat, telah diadakan sebuah program kemanusiaan yang dianjurkan oleh NGO yang dikendalikan oleh pelajar Malaysia di Jordan, i4Syria. Program yang diberi nama Humanity Open Day (HOPE) ini merupakan sebuah program berskala besar kerana ia merupakan kerjasama antara i4Syria dengan beberapa lagi NGO lain seperti Cinta Syria Malaysia -CSM dan Teach For The Needs (TFTN). Program ini telah diadakan di Dewan Muktamarat Universiti Yarmouk, Irbid dan mensasarkan para mahasiswa seluruh Jordan.

Antara slot menarik yang diadakan adalah seperti forum, persembahan anak-anak Syria, demo masakan arab, serta booth dan pameran berkaitan isu-isu kemanusiaan. Pihak CSM telah diberi peranan untuk mengendalikan booth dan pameran tentang konflik etnik Rohingya, merangkumi asal-usul etnik tersebut, bentuk penindasan ke atas mereka, dan banyak lagi yang berkaitan.

Melalui slot booth dan pameran ini, kami menyedari hakikat pentingnya kita sebagai manusia apatah lagi seorang muslim untuk bersikap ambil peduli terhadap hal-hal kemanusiaan yang berlaku melibatkan saudara-saudara kita. Sikap cakna bukan perlu ada hanya dalam diri para pejuang kemanusiaan dan para penggerak NGO semata-mata, sebaliknya setiap individu kerana sesungguhnya nilai kemanusiaan tidak punya sempadan, seiring dengan tagline program HOPE ini, iaitu “Humanity Beyond Borders”. Isu Rohingya mungkin tidak mendapat liputan luas seperti isu Syria dan Palestin, tetapi hakikatnya ia sememangnya ada serta perlu kepada perhatian dunia.

Kami dari pihak CSM di Jordan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada team i4Syria atas jemputan untuk sama-sama terlibat dalam program HOPE ini. Tidak lupa juga kepada semua mahasiswa yang telah hadir memberi sokongan, baik dari Mafraq, Amman, Irbid, dan Mu’tah, terutama sekali para sukarelawan kami (Mafraq & Amman) yang telah banyak membantu bermula dari proses persiapan sehinggalah hari kejadian. Tuhan saja yang dapat membalas segala jasa kalian. Semoga setiap usaha, wang ringgit, dan masa yang telah kalian korbankan nanti dihitung dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran. InsyaAllah.

Semoga program-program sebegini dapat diteruskan bagi memberi pendedahan kepada semua mahasiswa Malaysia di Jordan tentang isu-isu kemanusiaan. Semoga dengan itu, ia dapat membuka mata kita tentang hakikat bahawa kemanusiaan itu sememangnya tidak bersempadan.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0