Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Open House – CSM

07 JULAI 2018 – Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tidak akan pernah lengkap tanpa adanya majlis rumah terbuka. Tahun ini, kami mengadakan majlis Open House Cinta Syria Malaysia untuk bersama-sama meraikan para tetamu dan sukarelawan yang telah banyak membantu CSM. 

Ahli keluarga Syria kita di sini juga tidak kami lupakan. Mereka kami jemput beramai-ramai untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir ke Open House Cinta Syria Malaysia yang dilangsungkan di Pusat Bimbingan Alternatif – CSM, Bandar Puteri Bangi.

Kehadiran kalian banyak memberi persepsi baru kepada ahli keluarga Syria kita di sini. Kebanyakan diantara mereka pertama kali merasakan kasih sayang kita kepada mereka walaupun telah berada di Malaysia selama 5 tahun.

Ada juga dikalangan mereka yang merasakan mereka berada di negara mereka sendiri sebelum perang dan hal ini membuatkan mereka benar-benar terharu. 

Tidak dilupakan juga, jutaan penghargaan buat mereka yang telah menaja kami bagi menjayakan lagi open house kami: 

Aisikat – Tajaan Ice Cream 
Dessertby Sa’udaa Bunni – Tajaan Dessert
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad – Tajaan Goodies 
MIB College – Tajaan Muffin

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!

With Love,
Cinta Syria Malaysia – CSM

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0