Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Malam Silang Budaya Bersama UPNM

Pada 9 Disember lalu, pelajar-pelajar Sekolah Kita III telah di jemput hadir ke Majlis Makan Malam Amal Silang Budaya, bertempat di Dewan Pendekar, UPNM.

Para pelajar terlebih dahulu menyertai aktiviti bersama wakil UPNM di sebelah petang dan membuat persembahan di hadapan tetamu VIP dan warga UPNM di sebelah malam bersempena acara makan malam. Persembahan kali ini menampilkan kelainan kerana para pelajar berjaya membawa persembahan dalam Bahasa melayu!

Pelbagai persembahan telah mereka sajikan buat semua antaranya, nyanyi pelajar kelas Ruby (kindergarten), tarian kelas Pearl, Coral Reading, dan nyanyian lagu Kun Anta oleh kesemua pelajar, ada yang turut naik sekali ke atas pentas! Ini sangat menggembirakan anak-anak kita.

Tidak lupa juga, salah seorang pelajar Sekolah Kita III, Adnan Msouti turut melafazkan bacaan ayat suci al-quran pada malam itu. Tim persembahan ini dikelolai oleh Mr. Aliff, Mr. Ahmad, Miss Bayan dan Miss Yaya.

Setinggi penghargaan kepada pihak UPNM atas peluang ini untuk pelajar-pelajar kami menimba pengalaman baharu di ruang pentas. Serta melayan kerenah anak-anak Sekolah Kita III dengan penuh sabar dan tenang. Terima kasih. Jumpa di lain acara!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0