Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Konsert: Malam Sinar Kemanusiaan

KONSERT Malam Amal Kemanusiaan telah diadakan pada tanggal 6 April 2018 buat julung kalinya oleh Cinta Syria Malaysia dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SEKREFEM).

Majlis yang berlansung di DKP 3, USIM itu dimulakan dengan persembahan daripada anak anak Syria yang belajar di Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia.

Seterusnya para tetamu disajikan dengan persembahan oleh Azmi Caliph Buskers, sesi perkongsian oleh Saudara Musa Nuwayri selaku pengasas Cinta Syria Malaysia dan diakhiri dengan nyanyian oleh Noh Salleh.

Majlis turut diserikan oleh PU Rahmat selaku pengacara pada malam itu.

Tujuan Malam Amal Kemanusiaan diadakan adalah untuk mengumpul dana buat misi Ramadhan For Syria anjuran Cinta Syria Malaysia ke sempadan Turki-Syria nanti.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersatu menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil kita dinilai oleh Allah.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0