Mini Class: Kelas Excel

Cinta Syria Malaysia merupakan antara badan kebajikan yang sangat menekankan pendidikan. Bukan sahaja cukup aktif memberikan input pendidikan kepada pelarian Syria, malah sangat komited memberikan ilmu kepada anggota Cinta Syria Malaysia.

Kelas Excel ini telah diadakan untuk menambah skil team Cinta Syria Malaysia. NGO ini sangat suka menekankan konsep perkongsian ilmu. Kelas ini sendiri telah dikendalikan oleh Ketua Jabatan Program CSM iaitu Puteri Afiyah.

Kelas yang cukup bermanfaat ini telah dihadiri kesemua staf Cinta Syria Malaysia termasuk team Sekolah Alternatif Syria.

Antara perkongsian dalam kelas ini ialah Pivot Table, V-lookup dan H-lookup. Pihak staf berasa cukup berterima kasih dengan perkongsian Ketua Jabatan Program CSM.

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email