(FESKO 18′) Sekolah Kita I

Sabtu, 28 April 2018 – Cinta Syria Malaysia – CSM di Jordan telah mengadakan sebuah festival sukan yang dinamakan Mini FESKO 2018. Ini merupakan kali kedua festival sukan sebegini diadakan sejak perasmian Sekolah KITA pada Mei 2016.

Mini FESKO kali ini melibatkan sejumlah 16 pelajar lelaki Sekolah KITA gabungan darjah 4, 5, dan 6. Dalam pada itu, seramai 20 orang AJK dan sukarelawan CSM telah menyertai Mini FESKO 2018 ini,dan tidak lupa juga Ustaz Saeed selaku wakil guru Sekolah KITA.

Acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak. Para pelajar dibahagikan kepada empat buah kumpulan, iaitu “England”, “Spain”, “Brazil”, dan “Germany”, yang dinamakan sempena Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Program bermula sekitar jam 8 pagi di mana para pelajar berkumpul di sekolah sebelum dibawa ke Solah Riyadhiah, Mafraq menaiki koster. Setibanya di solah, aktiviti dimulakan dengan sesi senaman ringan sebelum sarapan pagi diedarkan. Tepat jam 9.30 pagi, perlawanan antara kumpulan dimulakan. Perlawanan ini telah tamat pada jam 12.30 tengah hari, diikuti sesi penyampaian hadiah dan agihan makan tengah hari kepada para pelajar.

Secara keseluruhannya, Mini FESKO 2018 telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Walaupun program ini berskala kecil, namun apa yang penting adalah kegembiraan yang dirasai oleh anak-anak ini. Di atas kesempatan ini, kami dari pihak CSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program Mini FESKO 2018 ini. Semoga Allah menilai segala usaha kita dengan sebaik-baiknya.

Kongsi entri ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email