Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Cinta Syria Malaysia Bersama Malaysia Life Line For Syria di Jordan.

4 Jun 2018 – Isnin , wakil Cinta Syria Malaysia – CSM di Jordan telah bekerjasama dengan pihak Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) untuk projek Ramadhan 4 Syria. Seperti biasa, projek ini merangkumi proses agihan sumbangan yang dibawa oleh MLLFS ke Jordan. Satu perkara yang paling menarik untuk projek kali ini ialah figura terkenal Fara Fauzana turut terlibat secara langsung!

Dalam projek Ramadhan 4 Syria kali ini, sebanyak 4 buah kem sekitar Mafraq, Jordan telah dilawati, iaitu Kem Abu Farhan, Kem Janubi, seterusnya Kem Abu Hussin, dan akhir sekali Kem Abu Abdullah. Sumbangan yang diagihkan kepada para pelarian Syria di kem-kem ini adalah berupa pek makanan untuk setiap keluarga.

Setelah selesai agihan yang keseluruhannya mencapai 99 pek makanan, pihak MLLFS dan Fara Fauzana sempat juga menyantuni anak-anak di kem yang terakhir (Kem Abu Abdullah) dengan mengadakan aktiviti mewarna bersama mereka serta mendengarkan bacaan Quran anak-anak bersempena < a href="https://www.facebook.com/hashtag/worldquranhour?source=feed_text&epa=HASHTAG" >#WorldQuranHour.

Kemudiannya kami berbuka puasa bersama-sama penduduk kem tersebut.

Keseluruhannya, projek Ramadhan 4 Syria dengan kerjasama MLLFS dan Fara Fauzana ini telah berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak mereka atas kesudian untuk bekerjasama menjayakan projek ini. Penghargaan ini kami tujukan juga kepada semua sukarelawan yang telah terlibat membantu melicinkan pergerakan projek. Semoga tuhan membalas jasa kalian dengan sebaik-baiknya, insyaAllah.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0