Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Agihan Sumbangan Kepada Pelarian Syria Sekitar Mafraq, Jordan 1.0

Misi Pertama Bersama Yayasan Khalid Ibn Walid.

Tanggal 23/8/2013, pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan bersama Palestine Reconstruction Team serta kerjasama Yayasan Khalid Ibn Al-Walid telah selesai mengagihkan sumbangan berbentuk beras, gula, minyak masak, pasta, spagetti, sardin, manisan, teh, susu bayi dan sos tomato kepada 49 keluarga pelarian Syria dan sebuah keluarga Jordan (Sukarelawan Yayasan Khalid Ibn Walid) sekitar Mafraq, Jordan. Misi bermula jam 3 petang dan berakhir pada jam 9 malam.

Antara penerima sumbangan adalah isteri dan anak-anak mujahidin FSA serta tentera FSA yang cedera. Insya Allah, kerjasama Tangisan Syria Di Bumi Jordan bersama Yayasan Khalid Ibn Walid yang menguruskan 4600 keluarga pelarian Syria di Mafraq, Jordan akan diteruskan.

Kos pembelian barangan sumbangan serta kos pengurusan keseluruhannya untuk misi kali ini berjumlah RM4656.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah merahmati kalian. Insya Allah, pengagihan akan diteruskan pada masa akan datang.

Catatan:

  • Yayasan Khalid Ibn Walid adalah pertubuhan yang menguruskan pelarian-pelarian Syria di sekitar Mafraq, Jordan. Pertubuhan ini diasaskan kira-kira 2 tahun lalu oleh Ibrahim Adnan Hamuwi yang merupakan seorang warganegara Syria. Setakat ini, mereka sedang menguruskan seramai 4600 keluarga pelarian Syria di sini.
    Senarai Keluarga yang menerima bantuan:
  • Kongsikan entri ini

    Berita Terkini

    MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
    MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
    MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0