Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Bermula pertengahan bulan November, Team Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan bantuan pelbagai pihak, mengadakan Agihan Bantuan Musim Sejuk 3.0 kepada kem-kem pelarian Syria di sekitar Mafraq.

Agihan Bersama Saudara Zaidi

Pada tanggal 20 November 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama saudara Zaidi dari Irbid.

Agihan berbentuk pek makanan sebanyak 20 unit diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Umm Serab 1 di Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Zaidi dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Bersama Kelab Peguam Muda Jordan

Tanggal 26 November 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan di bawah seliaan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dan delegasi Malaysia yang lain.

Agihan berbentuk pek makanan diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Umm Serab di Mafraq, Jordan.

Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar turut berbesar hati menyerahkan sumbangan sebanyak USD5375 kepada pihak kami untuk dimasukkan ke dalam tabung projek musim sejuk.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kelab Peguam Muda Jordan dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Sumbangan oleh Sahabat-sahabat Brunei

Pada tanggal 4 Disember 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama sahabat-sahabat daripada negara Brunei dan saudara Shahidan dari Amman.

Agihan berpakej seperti pemanas, selimut tebal dan pakaian diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Umm Serab di Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat daripada negara Brunei dan saudara Shahidan dari Amman serta AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Bersama SMKA Maahad Muar, Johor

Tanggal 5 Disember 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama Pelajar-Pelajar serta Guru SMKA Maahad Muar, Johor.

Agihan berbentuk pek makanan diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Umm Serab 1 di Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada Pelajar-Pelajar serta Guru SMKA Maahad Muar, Johor dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Musim Sejuk Bersama Dr.Firdaus

Tanggal 6 Disember 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama Dr Firdaus.

Agihan berbentuk pek makanan diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Umm Serab di Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Firdaus dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Bersama Batch Hawariyyun

Tanggal 11 Disember 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama Pelajar-pelajar Batch Hawariyyun, Universiti Al Al-Bayt, Jordan.

Agihan berbentuk pakej Selimut Tebal dan Pemanas telah diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Umm Serab di Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada Pelajar-pelajar Batch Hawariyyun dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Bersama Jamiah Al-Kiram

Tanggal 17 dan 18 Disember 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama Jamiah Al-Kiram.

Agihan berbentuk pakej Selimut Tebal dan Pemanas telah diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal dirumah sekitar bandar Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada Jamiah Al-Kiram dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Agihan Bersama PPMA

Tanggal 24 Disember 2015, telah diadakan program agihan bantuan musim sejuk oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama PPMA (Persatuan Penuntut Malaysia Amman) dan Keluarga Encik Wan Mansor.

Agihan berbentuk pakej Selimut Tebal dan Pemanas telah diserahkan kepada pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian Ummu Sirab dan Janubi Mafraq, Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada PPMA (Persatuan Penuntut Malaysia Amman) dan Keluarga Encik Wan Mansor dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0