Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Tahun ke-10, Cinta Syria Malaysia telah menghulurkan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria yang berada di Syria, Lubnan dan Jordan. Winter Mission CSM 10.0 kali ini CSM telah bekerjasama bersama Khairul Hakimin, Tn Musa Nuwayri, Noh Salleh dan Faizal Tahir sebagai affiliate dan Farah Lee sebagai Ikon CSM

Kategori bantuan yang diagihkan terbahagi kepada empat, iaitu :

–  Makanan : Kotak Makanan
–  Bahan Bakar : Kayu Api, Minyak Diesel dan Alat Pemanas
–  Kit Musim Sejuk : Selimut, Tilam, Pakaian Musim Sejuk melalui Projek Kontena Musim Sejuk 2.0
–  Projek Kelestarian : Baik Pulih Kanvas Khemah dan Pembinaan 20 unit Caravan untuk Mangsa Gempa Bumi.
–  Pendidikan : Sekolah KITA I, Jordan, Sekolah KITA II, Syria dan Sekolah KITA III, Malaysia.

Kelainan Winter Mission CSM 10.0 pada tahun ini, bantuan diberikan dalam kategori projek kelestarian memandangkan di kawasan Utara Syria terkesan dengan gempa bumi yang melanda pada bulan Februari 2023.

Di samping itu,  aplikasi derma atas talian iaitu melalui laman sesawang (website) Global Sadaqah dan aplikasi telefon The Noor juga telah digunakan bagi pengumpulan dana sepanjang kempen ini berlangsung. Sokongan dana juga diterima daripada Iman Care bagi 50% kos operasi Sekolah KITA II, Syria.

Projek Kontena Musim Sejuk 2.0 juga dijalankan seiring bersama kempen Winter Mission 10.0 ini. Projek ini adalah gabungan bersama beberapa NGO iaitu Malaysia For Syria, Global Peace Malaysia, Peduli Insan, Cakna Palestin, Muslim Volunteer Malaysia, Haluan Malaysia.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0